Thursday, September 3, 2009

SEJARAH MALAYSIA-TUNKU ABDUL RAHMAN

FOLIO SEJARAH

TOKOH

TUANKU ABDUL RAHMAN AL HAJ

BAPA KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:

NURUL NAJMIN BT ZAMBERY

TINGKATAN 2 AMANAH,

SEK. MEN. DESA TUN HUSSEIN ONN

NAMA GURU: PN AFMALINA

PENDAHULUAN

Folio sejarah yang akan dipersembahkan ini adalah bertajuk TOKOH; iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Tajuk ini dipilih adalah kerana ianya merupakan satu pernyataan sejarah yang harus dipelajari dan didedahkan kepada semua pelajar agar dapat mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang negarawan dan tokoh negara yang terbilang.

Tunku Abdul Rahman adalah merupakan seorang bekas Perdana Menteri Malaya/Malaysia yang pertama. Beliau juga dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Jasa-jasa beliau di dalam memperjuangkan kemerdekaan dari penjajah dan mengerakkan negara Malaysia kearah kemajuan yang bebas dari kekangan penjajahan adalah amat besar sekali. Jasa-jasa dan usaha beliau akan dipaparkan di dalam folio ini. Gambar-gambar kenangan serta lampiran-lampiran yang berkaitan dengan perjuangan beliau juga turut disertakan.

Justeru, diharapkan agar folio ini akan memberi manfaat dan faedah kepada semua pelajar di dalam mempelajari dan mengenali tokoh negara ini.

ISI KANDUNGAN

SIRI

KANDUNGAN

MS

1.

Pendahuluan

1

2.

Isi Kandungan

3

3.

Tajuk Kajian

4

4.

Objektif Kajian

5

5.

Kaedah Kajian

6

6.

Penghargaan

7

7.

Hasil Kajian

8

8.

Pengenalan Pelajar

9

9.

Bab 1

10

10.

Bab 2

17

11.

Bab 3

21

12.

Bab 4

30

13.

Lampiran

33

14.

Senarai Rujukan

46

Tajuk Kajian

Saya,Nurul Najmin Binti Zambery Jefry telah diarahkan oleh guru Sejarah untuk membuat satu kajian Sejarah. Kajian ini dibuat supaya saya dapat mengaplikasikan segala pengetahuan & kemahiran Sejarah yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian. Saya telah memilih tokoh yang bernama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dimana beliau MERUPAKAN seorang YANG LEBIH DIKENALI SEBAGAI ‘bapa kemerdekaan’.

Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai di dalam melengkapkan kajian ini adalah seperti berikut:

A) Mengenali dan mengetahui tokoh-tokoh yang ada di dalam negara pada zaman silam yang telah banyak memberikan sumbangan.

B) Mengenal sumbangan & kemajuan yang telah diberi kepada negara.

C) Mencontohi perjuangan tokoh dan menjadikannya sebagai panduan kita dalam memberi sumbangan kepada negara.

D) Mempelajari cara-cara sesuatu kajian ilmiah dibuat dan mempersembahkannya dalam bentuk folio.

E) Untuk melengkapkan kerja khusus Sejarah.

Kaedah Kajian

Di dalam saya menjalankan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat;

1. KAJIAN / RUJUKAN BAHAN-BAHAN ILMIAH;

a. Internet.

b. Buku Sejarah.

c. Surat Khabar.

PENGHARGAAN

Saya Nurul Najmin Binti Zambery dari kelas 2 Amanah S.M.K. Desa Tun Hussein Onn, Keramat mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan & mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan penerbitan folio ini. Ucapan terima kasih ini ditujukan khas terutama sekali kepada guru Sejarah saya Pn. Afmalina yang banyak memberikan maklumat, bantuan, tunjuk ajar dan nasihat yang amat berguna kepada saya. Penghasilan folio ini juga banyak disumbangkan oleh ayah saya telah mencari mendapatkan banyak maklumat dan memberi nasihat di dalam merangka dan menyusun atur folio ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang sering membantu sehingga kajian ini selesai. Tanpa sumbangan dan kerjasama dari mereka nescaya hasil kerja ini tidak akan sesempurna mana. Ucapan terima kasih kepada semua.

TERIMA KASIH.

HASIL KAJIAN

Setelah kajian ini selesai dilaksanakan, terdapat banyak yang diperolehi, antaranya ialah:

1. Saya telah berjaya mengenalpasti tokoh-tokoh yang memberi sumbangan kepada negara terutamanya tokoh yang berkaitan sumbangan politik.

2. Pemilihan Tunku Abdul Rahman adalah disebabkan sumbangan beliau yang terlalu banyak kepada negara terutamanya di dalam memerdekakan negara dari penjajah.

3. Saya mendapati Tunku Abdul Rahman telah menyumbang di dalam hal-hal politik negara, semangat nasionalisme, ekonomi, perkembangan islam, perhubungan antarabangsa serta jati diri bangsa.

4. Perjuangan beliau patut dicontohi oleh semua warganegara agar negara terus utuh sebagai sebuah negara merdeka dan kedaulatannya dijaga bersama.

Pengenalan Diri Pelajar

NAMA: Nurul Najmin bt Zambery

UMUR: 14 Tahun

KELAS: 2 Amanah [2A]

SEKOLAH: S.M.K.Desa Tun Hussien Onn, Keramat, K.L

TARIKH LAHIR: 12.5.1993

TEMPAT LAHIR: H.B.K.L

MAKANAN KEGEMARAN: Nasi daging merah, laksa & masakan ibu

MINUMAN KEGEMARAN: Milo ais, jus oren & air suam

HOBI: Membaca buku,mengemas rumah & mendengar radio

CITA-CITA: Guru & Doktor

HARAPAN: Menjadi seorang yang cemerlang & berjaya di dunia mahupun di akhirat serta maju ke hadapan

Tokoh yang dikagumi: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

BAB 1

PENGENALAN TOKOH

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

BIODATA

Tunku Abdul Rahman

frames

Jawatan

Perdana Menteri Pertama

Tempoh khidmat

31 Ogos 195722 September 1970

Timbalan

Tun Abdul Razak (19571970)



Pengganti

Tun Abdul Razak (19701976)

Parti politik

UMNO

Tarikh lahir

8 Februari 1903

Tempat lahir

Alor Setar, Kedah

Tarikh kematian

6 Disember 1990

Tempat kematian

Kuala Lumpur, Malaysia

Pekerjaan

Peguam

Agama

Islam

Pasangan

Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah

LATAR BELAKANG TOKOH

Tunku Abdul Rahman telah dilahirkan di Istana Pelamin, Alor Setar Kedah, pada 8 Februari 1903. Beliau merupakan anak lelaki yang ke empat belas daripada dua puluh anak kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu sultan Kedah yang ke-dua puluh empat. Ibunya Cik Menjalara, anak kepada Luang Naraborirak dari Thailand.

Tunku Abdul Rahman memulakan persekolahan pada tahun 1909 di Sekolah Menengah Melayu, Jalan Baharu, Alor Setar dan kemudiannya telah bertukar ke “Government English School” yang sekarang ini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau bersekolah pada waktu pagi dan pada waktu tengahari beliau mengaji Al Quran. Dua tahun kemudian apabila berumur lapan tahun, beliau telah dihantar belajar ke Debsirin School di Bangkok bersama-sama tiga adik beradiknya yang lain. Pada tahun 1915 beliau kembali untuk menyambung pelajarannya di Penang Free School, Pulau Pinang.

Pada 1918, Tunku Abdul Rahman telah dianugerahkan Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di St Catherine’s College di Universiti Cambridge, London di mana beliau telah memperolehi Ijazah Sastera pada 1925. Beliau merupakan pelajar pertama dari Kedah yang belajar di United Kingdom di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri Kedah.

Selepas kepulangan ke tanah air, beliau bekerja di dalam sektor awam negeri Kedah dan dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani. Beberapa tahun kemudian, beliau pergi semula ke England untuk melengkapkan pelajarannya di dalam bidang Undang-Undang di Inner Temple College tetapi terpaksa menghentikannya pada 1938, semasa berlakunya perang Dunia ke Dua dan kembali ke tanahair. Beliau kemudiannya telah menyambung pelajarannya di Inner Temple pada 1947 dan pada 1949 beliau layak sebagai Peguam.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Semasa di England beliau bertemu Abdul Razak Hussein (kemudiannya dikenali sebagai Dato’ dan Tun). Beliau telah dilantik sebagai Presiden Masyarakat Melayu Great Britain dan Abdul Razak yang berumur 26 tahun ketika itu dilantik sebagai Setiausaha.

KELUARGA

Tunku Abdul Rahman telah berkahwin sebanyak empat kali. Isteri pertamanya ialah seorang perempuan cina bernama Meriam Chong dan memperolehi Tengku Ahmad Merang Putra dan Tungku Khadijah. Isteri pertamanya meninggal pada tahun 1933. Setelah kematian Mariam, beliau mengahwini seorang wanita di England iaitu Violet Coulson dan diarahkan untuk bercerai pada 1946 oleh kesultanan Kedah dan kemudianya berkahwin dengan saudara jauh iaitu Sharifah Radziah Syed Alwi Barakbah dan telah memperolehi empat anak iaitu Sulaiman, Mariam, Faridah dan seorang lagi. Ingin memperolehi seorang lagi anak sendiri, beliau secara rahsianya telah berkahwin dengan seorang wanita Cina bernama Bibi Chong (isteri keempat) dan telah mendapat dua orang anak bernama Tengku Noorhayati dan Tengku Mastura.

BAB 2

KEJAYAAN

AKADEMI

Pada 1918, Tunku Abdul Rahman telah dianugerahkan Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pelajaran di St Catherine’s College di Universiti Cambridge, London di mana beliau telah memperolehi Ijazah Sastera pada 1925. Beliau merupakan pelajar pertama dari Kedah yang belajar di United Kingdom di bawah pembiayaan Kerajaan Negeri Kedah.

Selepas kepulangan ke tanah air, beliau bekerja di dalam sektor awam negeri Kedah dan dilantik sebagai Pegawai Daerah Kulim dan Sungai Petani. Beberapa tahun kemudian, beliau pergi semula ke England untuk melengkapkan pelajarannya di dalam bidang Undang-Undang di Inner Temple College tetapi terpaksa menghentikannya pada 1938, semasa berlakunya perang Dunia ke Dua dan kembali ke tanahair. Beliau kemudiannya telah menyambung pelajarannya di Inner Temple pada 1947 dan pada 1949 beliau layak sebagai Peguam.

KERJAYA POLITIK

Selepas beliau kembali ke Malaya pada 1949, Tunku telah dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang di Pejabat Undang-undang Alor Star. Kemudiannya beliau ditukarkan ke Kuala Lumpur dan dilantik sebagai Timbalan Pendakwa dan kemudiannya beliau telah dilantik sebagai Presiden Mahkamah Seksyen.

Semasa tempoh ini, semangat nasionalisma sedang berkembang dengan Dato’ Onn Jaafar mengetuai “The United Malays National Organisation” (UMNO) dalam perjuangan menentang Malayan Union. Tunku Abdul Rahman telah memasuki UMNO dan bergerak aktif di dalam politik negara. Pada Ogos 1951 krisis dalaman UMNO memaksa Dato Onn berundur sebagai Presiden parti. Tunku telah dipilih sebagai Presiden baru dan memegang jawatan tersebut selama 20 tahun.

BAB 3

SUMBANGAN

KE ARAH KEMERDEKAAN

Pada 1954 Tunku telah mengepalai delegasi ke London untuk menuntut kemerdekaan daripada United Kingdom tetapi tidak berjaya. Pada tahun berikutnya pilihanraya pertama telah diadakan dan Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO, Malayan Chinesse Association (MCA) dan the Malayan Indian Congress (MIC) telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku telah dipilih sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama.

Menuntut Kemerdekaan

Pada 1955 Tunku telah membuat kunjungan sekali lagi ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Di atas kebijaksanaan, kesabaran dan kesungguhannya untuk membebaskan negara dari penjajahan maka British telah menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 adalah tarikh kemerdekaan negara. Apabila bendera British diturunkan di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai perhimpunan tersebut dengan mengumumkan “Merdeka”. Gambar Tunku mengangkat tangannya dan perasaan emosinya telah dirakamkan. Namun demikian suara keazamannya dan diiringi oleh sorakkan orang ramai telah menjadi ikon yang popular dalam memperingati kemerdekaan negara. Beliau juga lebih dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan”.

SEBAGAI PERDANA MENTERI

Tunku mengetuai politik Malaya (bertukar kepada Malaysia pada 1963) dan mengetuai parti Bersekutu di dalam pilihanraya umum pada 1959 dan 1964.

Pembentukkan Malaysia pada 1963 merupakan kejayaan besar Tunku. Pada 1961 beliau membuat ucapan di perhimpunan “Association of Southeast Asia” (ASA) di Singapura, mencadangkan dibentuk Persekutuan Malaysia, yang terdiri daripada Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pada 16 September 1963, kecuali Brunei Tunku telah mengisytiharkan penubuhan Malaysia dan beliau sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun faktor perkauman telah menjadi isu yang hangat selepas kemasukkan Singapura dalam Malaysia yang mana ianya telah menambahkan bilangan orang Cina iaitu hampir kepada 40%. UMNO dan MCA berasa bimbang terhadap kemungkinan parti Lee Kuan Yew iaitu People Action Party (PAP, yang dilihat parti sosial yang radikal) kepada pengundi di Malaysia. Tungku cuba untuk menubuhkan parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee Kuan Yew. Lee Kuan Yew pula mengancam untuk menempatkan calon PAP di Malaysia pada pilihanraya Persekutuan 1964, walaupun perjanjian awalnya beliau tidak akan melakukannya. Perkara ini telah menyebabkan Tunku mencadangkan agar Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan di Parlimen bahawa Parlimen perlu mengundi “ya” terhadap resolusi untuk mengeluarkan Singapura dari Persekutuan kerana tidak taat kepada Kerajaan Pusat. Singapura telah keluar dari Malaysia dan mengisytiharkan kemerdekaan pada 9 Ogos 1965.

Tunku juga telah memulakan cadangan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) pada 1961 terdiri daripada Malaysia, Thailand dan Filipina. Pertubuhan ini kemudiannya telah diubah kepada the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.

Pada pilihanraya Umum 1969, majoriti pihak Bersekutu telah berkurang dengan banyaknya. Demonstrasi telah berlaku dan selanjutnya merebak kepada isu perkauman sehingga terjadinya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969. UMNO dengan diketuai oleh Tun Abdul Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang telah mengambilalih pemerintahan negara dan mengisytiharkan Darurat. Dengan berlakunya peristiwa ini ianya telah mengoncang kedudukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Pada 22 September 1970 beliau telah dipaksa untuk meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan diganti oleh Tun Abdul Razak. Beliau kemudianya berundur sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 setelah berhadapan dengan gerakan golongan muda dalam parti dikenali sebagai ‘Young Turks’ seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam.

SUMBANGAN KEPADA ISLAM

Selepas menjadikan islam sebagai agama rasmi negara pada 1960, Tunku menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk menolong orang islam di dalam hal-hal kebajikan dan amalan agama. Beliau merupakan Presiden PERKIM pertama sehinggalah beliau meninggal dunia. Pada 1951 Tunku telah mencadangkan supaya dianjurkan pertandingan membaca Al Quran peringkat negeri, dimulai dengan negeri Kedah. Seterusnya pada 1961, Malaysia telah menganjurkan pertandingan Membaca Al Quran Peringkat Antarabangsa.

Pada 1969, Tunku telah memainkan peranan di dalam menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang mana beliau merupakan Setiausaha Agong yang pertama. Seterusnya beliau mencadangkan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) sebagai badan khas dalam OIC. Beliau juga merupakan Presiden Regional Islamic Dakwah Council of Southeast East Asia and Pasific dari 1982 hingga 1988.

Pada 1977 Tunku adalah pemegang saham dalam akhbar The Star, Tunku menjadi penulis dalam kolum “Looking Back and As I see It” yang banyak mengkritik pentadbiran Kerajaan pada masa itu. Pada 1987 Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammad telah mengharamkan akhbar tersebut. Perkara ini telah menjadikan UMNO berada dalam keadaan yang kurang harmoni. Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn telah menubuhkan parti UMNO Malaysia tetapi pendaftaranya tidak diluluskan oleh Dr Mahathir. Kemudiannya menubuhkan parti baru iaitu UMNO Baru yang kemudiannya dikenali sebagai parti Semangat 46 , parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau menyokong dan berkempen secara aktif pada Pilihanraya Umum 1990. Tetapi dengan umur yang lanjut dan kesihatan berada dalam keadaan kurang memuaskan telah memaksa beliau berundur terus dari politik.

Pada tahun-tahun kemudiannya, Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

SUKAN

Sebagai seorang ahli sukan, Tunku telah menganjurkan pertandingan Bolasepak Peringkat Antarabangsa iaitu Pesta Bola Merdeka pada 1957. Pada tahun berikutnya beliau telah dipilih sebagai Presiden pertama Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), jawatan yang beliau sandang sehingga 1976.

BAB 4

# KESIMPULAN

BAB 4

KESIMPULAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan seorang putera Raja dari negeri Kedah yang telah banyak membuat jasa kepada bangsa dan negara. Beliau merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia yang pertama.

Beliau yang dilahirkan semasa zaman negara dijajah oleh Inggeris telah menjalani kehidupan melalui pengalaman dan perjuangan berasaskan pembebasan tanahair dari cengkaman penjajahan. Beliau telah memperolehi pendidikan awal secara formal dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dalam bidang Undang-undang. Kerjaya beliau bermula sebagai seorang Peguam.

Beliau merupakan seorang yang memperjuangkan kemerdekaan tanahair tanpa jemu. Pada 31 Ogos 1957 negara telah mendapat kemerdekaan hasil daripada perjuangan beliau bersama-sama tokoh yang lain. Seterusnya berjaya menyatukan Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura di dalam Malaysia. Beliau telah berjaya menyatukan orang-orang melayu dan bangsa-bangsa lain menjadi warganegara yang memperjuangkan kedaulatan negara.

Beliau juga telah memainkan peranan utama dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara serantau dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Hasil dari perjuangannya, beliau juga digelar sebagai “Bapa Kemerdekaan” negara dan sehingga ke hari ini jasa-jasa agong beliau sentiasa dikenang oleh bangsa Malaysia sebagai tokoh terbilang. Selepas beliau tidak lagi aktif dalam politik, Tunku Abdul Rahman tinggal di rumahnya di Pulau Pinang. Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 pada umur 87 dan telah dikebumikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star, Kedah.

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Tunku Abdul Rahman Semasa Mengisytiharkan Kemerdekaan Negara Pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

LAMPIRAN 2

Perisytiharaan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman

di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad

LAMPIRAN 3

Tunku Abdul Rahman Semasa Perisytiharan Penubuhan Malaysia

LAMPIRAN 4

Tunku Abdul Rahman Selepas Bersara Dari Politik

LAMPIRAN 5

SAJAK BUAT TUNKU

BAPA KEMERDEKAAN

Putera Diraja lahirmu di dunia

Nafas perjuangan ditiup sudah

Menghambakan diri pada negara

Namun perjuanganmu tak pernah berubah

Dalam kesukaran mengapai awan

Kaki melangkah tak kenal lelah

Hidup mu bagai pelita perjuangan

Membela bangsa tanahair tercinta

Peluh menitis keringat disapu

Perjuanganmu tidaknya pernah mengenal lelah

Setiap kepayahan kau atur langkah mu

Membebaskan negara dari penjajah

Pergimu membawa seribu erti

Perjuangan murni telah terbukti

Menaburi di tanah air ku tercinta ini

Semoga jasamu akan diingati

Registered under Licence Trade Mark; TM.

Dicipta oleh: Zambery Jefry Darus; zambery66@yahoo.com.my

Wangsa Keramat, KUALA LUMPUR

LAMPIRAN 6

RANGKA MASA

  • 1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin.
  • 1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
  • 1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
  • 1919 (umur 16): Belajar di England.
  • 1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
  • 1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
  • 1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
  • 1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
  • 1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
  • 1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
  • 1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
  • 1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
  • 1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
  • 1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
  • 1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
  • 1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
  • 1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
  • 1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
  • 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
  • 1946: Menyertai UMNO.
  • 1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
  • 1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
  • 1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
  • 1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
  • 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
  • 1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
  • 1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
  • 1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
  • 1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
  • 1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu Association of Southeast Asian Nations.
  • 1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
  • 1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
  • 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 – 1988).
  • 1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

LAMPIRAN 7

Federation of Malaya

ڤرسكوتوان تنه ملايو
Federation of Malaya

Flag_of_Federated_Malay_States.png

1948 – 1963

Flag_of_Malaysia.svg

Flag

Coat of arms

Flag

Coat of arms

Location of Malaya

Capital

Kuala Lumpur
3°8′N, 101°42′E

Language(s)

Malay

Government

Constitutional monarchy

Yang di-Pertuan Agong

Tuanku Abdul Rahman

Prime minister

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

History


- Established

January 31

- Independence

August 31, 1957

- Formation of Malaysia

September 16

Area

- 1963

km2
sq mi

Currency

Malaya and British Borneo dollar

RUJUKAN

BAHAN ILMIAH

1. Internet; http://www.Wikepedia The History of Malaysian Independence – Official Portal of the Ministry of Tourism and Culture. Dilayari pada 28 Jun 2007.

2. Ramlah Adam, Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra, DBP, Kuala Lumpur.

3. Dan banyak lagi.. malas nak tulis...

3 comments: