tag:blogger.com,1999:blog-1756093205998692601.post6933062266641108536..comments2023-06-07T05:44:21.957-07:00Comments on Observer and Critiquer: Rajawali66http://www.blogger.com/profile/12654919852381061726noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-1756093205998692601.post-82364348696744580102009-06-15T18:40:13.964-07:002009-06-15T18:40:13.964-07:00POLITIK PAS PENDEKATAN SAMSENG
KOTA BHARU 15 Jun -...POLITIK PAS PENDEKATAN SAMSENG
KOTA BHARU 15 Jun - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kelantan menganggap kandungan ceramah pemimpin Pas yang sanggup 'bertumpah darah' untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sebagai satu pendekatan politik samseng.

Ketuanya, Annuar Sufian berkata, kenyataan seumpama itu adalah satu bentuk provokasi yang boleh menimbulkan suasana tidak tenteram, malah boleh menakutkan para pengundi.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda BN tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya cubaan terdesak dengan membakar semangat penyokong secara keterlaluan itu berulang.

"Kita menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk pendekatan samseng, sebarang bentuk provokasi yang cuba ditimbulkan dalam siri ceramah mereka di Manek Urai.

"Mereka adalah sebuah parti yang dilabel sebagai Islam, tetapi kenyataan yang dikeluarkan ini bertujuan untuk menghuru-harakan pengundi di situ," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda BN negeri di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pemuda MCA negeri; Gah Han Chuan, Ketua Pemuda Gerakan negeri; Raja Muharini Raja Muhamad dan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian.

Annuar yang juga Ketua Pemuda UMNO negeri berkata, Pas sepatutnya mencontohi UMNO yang mengamalkan konsep perpaduan untuk menarik sokongan pengundi.

Tegasnya, Pemuda BN tidak akan terikut dengan 'rentak' Pas dan percaya pengundi tidak mudah dipengaruhi ajakan yang tidak selaras dengan budaya dan agama.

Mengulas mengenai peranan Pemuda BN di Manek Urai, jelas beliau, mesyuarat itu memutuskan semua parti komponen pergerakan tersebut bersama-sama turun ke Manek Urai untuk membantu kemenangan BN.

Katanya, Pemuda BN akan memberi keutamaan untuk meraih sokongan daripada pengundi muda di Manek Urai memilih calon BN sebagai wakil rakyat mereka.

Tambahnya, tinjauan terbaru menunjukkan ramai penyokong muda Pas kini mula mendekati BN selepas kecewa dengan pimpinan kerajaan negeri yang gagal menyediakan pembangunan.Rajawali66https://www.blogger.com/profile/12654919852381061726noreply@blogger.com